Sista Bartholin
Sista Bartholin

Sista Bartholin

Sista Bartholin ialah benjolan lembut bukan kanser di bahagian tepi lubang faraj. [1] Ia terjadi apabila kelenjar Bartholin, didalam labia, tersumbat. [1] Walaupun sista kecil hanya menyebabkan simptom kecil, sista yang besar boleh menyebabkan bengkak pada bahagian tepi faraj, yang boleh menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks atau berjalan. [5] Jika ia dijangkiti, nanah boleh berlaku, yang biasanya merah dan sangat menyakitkan. [2]Punca sista Bartholin tidak diketahui. [5] Nanah berpunca daripada jangkitan bakteria, tetapi kebiasaanya ia bukan disebabkan jangkitan seksual (STI). [6] Pada kes yang jarang berlaku, gonorea mungkin terlibat. [5] [4] Diagnosis biasanya berdasarkan simptom yang dihadapi semasa pemeriksaan fizikal dijalankan. [5] Pada wanita yang berumur lebih dari 40 tahun, biopsi tisu adalah disyorkan untuk menolak kemungkinan kanser . [3] [5]Sekiranya tiada gejala, tiada rawatan diperlukan. [2] [5] Walaupun begitu, apabila sista menjadi tidak selesa atau menyakitkan, saliran adalah disyorkan. [2] Kaedah yang kerap digunakana adalah dengan memasukan kateter Word selama empat minggu. [2] [3] Prosedur pembedahan yang dikenali sebagai marsupialisasi boleh digunakan atau, jika masalah berterusan, keseluruhan kelenjar boleh dikeluarkan. [2] Pembuangan adalah disyorkan bagi wanita berumur lebih dari 40 tahun untuk memastikan kanser tidak terjadi. [2] Antibiotik biasanya tidak diperlukan untuk merawat sista Bartholin. [2]Sista Bartholin menjejaskan kira-kira 2% wanita pada hayat mereka. [2] Ia kerap berlaku semasa wanita dalam umur yang mampu untuk melahirkan anak. [2] Sista ini dinamakan sempena Caspar Bartholin yang menggambarkan kelenjar ini dengan tepat pada tahun 1677. [7] Mekanisme asas sista ditentukan pada tahun 1967 oleh pakar obstetrik abad ke-20 Samuel Buford Word. [8] [7] [9]

Sista Bartholin

Nama lain Sista saluran Bartholin[1]
Pengkhususan Ginekologi
Gejala Bengkak pada sebelah faraj, biasanya tidak menyakitkan. Kadangkala tiada gejala[1]
Kerumitan Nanah[2]
Permulaan biasa Umur mengandung[2]
Punca Tidak diketahui[1]
Kaedah diagnosis Melalui rupa bentuk[1]
Diagnosis pembezaan Sista Sebaceous, hernia, hidradenitis suppurativa, follikulitis, kanser vulva[3][4]
Rawatan Penempatan kateter Word, hirisan dan saliran, marsupialisasi, mandi duduk[3][5]
Kekerapan Kerap, 2% wanita[2]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Sista Bartholin https://publications.iarc.fr/Book-And-Report-Serie... https://web.archive.org/web/20220617072036/https:/... https://web.archive.org/web/20191018151338/https:/... https://web.archive.org/web/20150427031144/https:/... https://web.archive.org/web/20180912092026/https:/... http://www.aafp.org/link_out?pmid=12887119 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12887119 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26195958 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC44833... https://doi.org/10.1159%2F000365683